≡ Menu

Mangsa tumblr, Gambar Bogel Disebar!

Assalamualaikum dn selamat sejahtera . Saya UMMI merupakan salah seorg mangsa tumblr ingin mmbuat pengakuan dn aduan mengenai perkara ini . Saya pernh mnjadi mangsa laman web itu.

Kisah saya bermula dari laman media sosial WECHAT . Saya mula mengenali seorg perempuan bernama LIYANA yg berasal dari KLANG . Perempuan itu add saya dlm wechat melalui PEOPLE NEARBY dlm aplikasi tersebut . Saya dgn rendah hati menerima permintaan tersebut dgn tujuan utk djadikan kwn jarak jauh . Bak kata pepatah “kawan biar ramai , musuh jangan dicari ” .

Setelah approved permintaan trsebut , perempuan tu memulakan dahulu perbualan dlm wechat . Saya mmbalas tnpa berfikir pnjang mengenai dirinya . Selepas sesi berkenalan diri sndiri , perempuan itu brtnyakan kepada saya mengenai seks . Dia tnya adakah diri saya ni prnh bermain dgn jntan ?? Saya tetiba trkejut dgn soalan itu lalu saya terus mnjawb . Saya xprnh brmain dgn mana2 jantan . Mksudnya berkaitan seks . Lepas itu saya tengok rentak mesej dia semakin lain . Dlm fikiran saya dh bleh agak perempuan itu kemgkinan LESBIAN . Saya pon xnak fikirkan perkara itu sangat lalu saya biarkan dn layn mesej utk tgok rentaknya yg lain . Makin lama makin pelik mesej dia . Sesi perkenalan tu dlm wktu petang .

Pada wktu malam , perempuan itu mula mesej saya kmbali . Kali ni dia buat permintaan utk puaskan nafsu dia . Dia mintak saya tgkap gmbar diri dalm keadaan bogel . Dia pon berjnji akn melakukan perkara yg sama mcm mna saya buat . Macam macam gmbar dia mntak saya tgkap . Setiap sudut bdan bogel dia mntak saya tgkapkan utk bg kt dia . Kiranya sama2 hntar gmbar bogel sndiri . Sblum saya nk tgkap gmbar diri saya utk dia , saya berat hati dn berasa takut utk risiko akn datang . Tp bila dlayn wktu tu saya mnjadi leka dn seronok dn tidak sedar akn perbuatan saya itu . Kami hanya melakukan sebegitu dlm msj sahaja . Tidak sama skali dalam video call .

Keesokan dn hari2 seterusnya, perempuan itu xhenti2 msj saya dari pg smpai ke mlm . Wktu kerja saya pon trganggu . Tiap kali saya tgok notification fon msti ad msj Wechat dari dia . Bila saya rehat atau ada masa sedikit saya akn rply msj dia . Bermula pada awai perkenalan saya dh bleh agak perempuan itu kmgkinan LESBIAN , saya dh mula mnjauhkan diri xmelayn msj dia . Rply msj pon nak xnak je . Suatu hari , dia msj saya dia ckp dia nk saya kenal dgn seorg kwn dia melalui WECHAT juga . Dia mntk saya add id wechat kwn dia trsebut utk berkenalan . Saya berat sikit utk saya yg mulakan dahulu dlm sesuatu perkara . Saya menyoal dia utk apa saya kenal dgn kwn dia tersebut . Mksud saya tujuan utk saya kenalkan dgn kawan dia tersebut . Dia pon mmberitahu utk tujuan seks secara ringan ringan . Saya jd terkejut dn takut knapa saya perlu buat mcm tu . Saya menanyakan kepada perempuan tersebut adakah dia dh share sesuatu dgn kwn dia tersebut ?? Perempuan tu pon mnjawab YAA . Saya terus jd takut dn gelisah bila tahu keadaan sebenar . Saya terus menolak pelawaan tersebut dgn baik dn berkata saya xkan layn mana2 jantan utk seks walaupon secara ringan ringan mahupun realiti . Lalu perempuan tu terus memujuk bersungguh sungguh utk saya menerima pelawaannya utk kawannya itu . Saya tetap dgn keputusan saya MENOLAK PELAWAANNYA .

Keesokan itu juga , saya kurgkan mmbalas msj perempuan itu sbb xnak terima pelawaan itu . Perempuan itu pon xda cara lain terus mengugut saya utk viralkan segala gmbar bogel yg saya telah tgkap di laman web media sosial atau pon viralkan kepada kwn2 saya mahupun adk beradik dn paling penting utk saya kedua dua ibubapa saya . Saya terus jd gelisah dn kusut bila dpt ugutan mcm tu . Yalaa sapa sapa pon yg ada dtmpat saya wktu tu akn akn merasa mcm mna saya rasa ketika itu . Saya pon rply msj dia utk memujuk jgn diviralkan gmbar trsebut kepada org sekeliling saya terutama skali ibubapa saya sndiri . Perempuan itu pon dngan gmbira terus memujuk saya utk menerima juga pelawaan melakukan seks secara ringan ringan dgn kawannya tersebut . Saya tiada cara lain saya mmberi jawapn kepada perempuan itu berikan saya masa utk pertimbangkan . Hari demi hari perempuan itu tetap ganggu saya dngn msj perkara tersebut . Bermula dari itu juga saya mula diganggu dengan menerima pelbagai nombor telefon dari org luar yg saya tidak kenali seumur hidup saya .

Hari pertama saya diganggu dgn panggilan yg tidak dikenali , saya mnjawb satu panggilan daripada nombor yg tidak saya smpan dlm contact fon saya . Org yg menelefon saya trsebut adalah SEORANG LELAKI menanyakan ..ni umie ka ?? Saya nama sekian2… Saya nk kenalan dgn umie ..saya pon tnya balik . Dpt mna nombor saya ni ?? Laki trsebut mnjawb dia dpt dari org yg post dlm wechat dia juga . Saya terus matikan call dn berfikir . Sapa yg post dlm wechat ?? Dngn Dngn pantas terus trlintas dlm fikiran perempuan trsebut .. LIYANA ..saya syak kmgkinan mmg angkara dari dia .

Smpai smggu lah jgk saya dganggu dgn menerima pelbagai nombor telefon yg tidak dkenali .. lalu saya tdk tahan dgn gangguan trsebut saya mmbuat keputusan mmbuat repot polis berkaitan gangguan trsebut . Repot polis yg saya bleh buat atas gngguan trsebut adalah SCAMMER . Polis menganggap gangguan call itu adalah SCAMMER . Saya berasa lega dgn mmbuat repot polis trsebut dn mndapt respon yg positif iaitu kurang dpt panggilan yg tidak dkenali lg .

4/8/2018 – tarikh itu adalah tarikh brmakna buat saya sbb saya graduate pada tarikh trsebut . Tp mnjadi hari yg malang buat saya sbb semasa saya tgh konvokesyen pada hari itu, saya mndapt satu video call dari LIYANA melalui wechat . Saya xangkat . Saya silentkan fon semasa dlm dewan . Liyana tu terus2 buat video call kepada saya utk memujuk saya berkaitan nk kenalkan saya dgn kawannya . Setelah beberapa minit , saya mndpt msj dari LIYANA dlm wechat brunsur ugutan . Liyana tu kata dia akn viralkan semua gmbar saya pada hari itu juga kepada org sekeliling saya sbb saya mmbuktikan saya benar2 menolak permintaan dia . Saya pon abaikan perkara ini .

Sebulan berlalu , saya mndpt berita paling mengejut iaitu mak saya sndiri mndpt tahu perkara sebenar mengenai gmbar bogel tersebut . Saat itu , semua harapn dn masa dpn saya bagaikan musnah 100% . Mak saya sndiri tdak prcaya akn prbuatan yg saya sndiri buat dbelakgnya . Mak saya telah mmbuat report polis brkaitan itu juga . Selepas itu, mak saya pula mndpt balasan daripada perbuatan saya sndiri melalui kwnnya . Kwn mak saya mnunjukkan gmbar bogel saya ada dlm laman web tumblr trsebut . Jumlah tontonan utk gmbar saya trsebut amatlah trkejut sekali kerana jumlah byk sgt2 dlm masa beberapa hari saja gmbar itu dipost dlm web tumblr . Mcm2 cara mak saya usahakan utk pdm semua gmbar bogel saya dlm web tumblr trsebut namun gagal kerana sudah trlmbat utk mnghalang dripda org ramai .

Sejak itu, saya dgn family semakin renggang dn tidak harmoni seperti dlu . Mak saya kluar mncari rezeki pon berasa malu dgn ap yg trjadi . Smpaikan xkluar mncari rezeki mngurungkan diri dlm rumah beberapa mggu . Hari2 mak saya menangis mengenangkan nasib yg malang menimpa . Bagaikan langit jatuh ke bumi utk perkara ni . Saya sndiri pon semakin mnjauhkan diri daripada kluarga dn kawan2 kmpung halaman saya . Saya trpksa mmbuat keputusn melarikan diri ke negeri org utk menyembunyikan air muka saya yg dh malu satu dunia .

Saya cadangkan agar pihak yg bertanggungjawab atas laman web tumblr trsebut mmbuat tindakan yg sewajarnya . Saya harap tumblr tu trsebut dihapuskan 100% dn lamn web yg brkaitan unsur lucah juga dihapuskan utk kebaikan semua pihak . Kebanyakkan mangsa tumblr ini adalah golongan wanita . Tolonglah peka dn prihatin trhadap rayuan saya ini utk kepentingan kaum hawa . Maruah seorang wanita susah dicari dn dijaga smpai bila bila . Dn lg satu , buatlah tindakan yg patut utk org yg menganiaya org lain utk kepentingan diri sndiri . Sekian itu sahaja kisah pengakuan diri saya dn cadangan dari saya utk pihak tuan mngambil ikhtibar dn jalan penyelesaian ..assalamualaikum

– Ummi

Hantar confession anda di sini: http://www.iiic.my/hantar/

Next post:

error: Content is protected !!