≡ Menu

Hutang Tak Nak bayar, Tapi Melancong Sana Sini

Hutang Tak Nak bayar, Tapi Melancong Sana Sini

Hal ni byk yg terjadi dlm masyarakat kita…ada org mgkin terpaksa berhutang kerana kesempitan hidup dan sgt2 memerlukan duit tu utk digunakan pd sesuatu…dan org yg memberi hutang plak, dia hulurkan bantuan atas sebab ingin menolong, membantu rakannya, sahabatnya atau adik beradiknya keluar dr permasalahan tu…

Namun bila dah bagi, susah nak dapat balik…

Zaman skrg, org yg memberi hutang plak yg jd mcm pengemis…dia yg kena hari2 mesej, telefon utk mintak semula duitnya…kadg2 maki hamun yg dia dapat bila mintak org yg berhutang dgnnya menjelaskan hutang…ada tahap smpai kena blocked…

Org mintak sbb nmpk kau hidup senang…

Bleh shopping, bleh tukar kereta, bleh p melancong, bleh mkn sedap2 di tempat yg hebat2 dan update smua tu dlm social media BUT hutang tak bayar2…gaya hidup bukan main mewah, senang, kaya raya, nampak mcm xde masalah kewangan tp hutang tak bayar…mana yg lebih wajib utk dibuat, bayar hutang atau shopping? bayar hutang atau p melancong? bayar hutang atau tukar kereta baru?

Hutang tu wajib dibayar walaupun TAK DITUNTUT!

Walaupun jadi miskin sbb bayar hutang, itu lebih baik drpd mati dlm hutang…org mintak semula hutangnya bukan sbb dia jeles dgn gaya hidup kau, apa yg kau buat tapi dia pun bukannya org yg senang sgt dan dia sgt2 memerlukan duitnya kembali…

Tolong jelaskan hutang anda kepada sesiapapun yg anda berhutang…dosa besar sekiranya anda tak bayar hutang dan anda dlm keadaan mampu utk bayar…sekiranya dia tak halalkan walau sesen pun hutangnya kpd anda, maka kelak mati, roh anda akan tergantung disebabkan hutang…

Nota kaki : Malu la jalan sana sini, post di fb tapi hutang tak bayar…😏

Sumber: Firdaus Shakirin

Hantar confession anda di sini: http://www.iiic.my/hantar/

Previous post:

error: Content is protected !!