≡ Menu

Adab Menuntut Ilmu Yang Kian Hilang

Adab Menuntut Ilmu Yang Kian Hilang

Aku tidak mahu mengulas panjang. Cukuplah kalian baca sendiri luahan para guru seluruh Malaysia tentang kebiadaban pelajar zaman sekarang.

Adab menuntut ilmu kian terhakis. Guru-guru tidak lagi dihormati seperti zaman dahulu kala.

Zaman di mana ibu bapa datang berjumpa guru menyerah rotan dan memberi kuasa penuh pada guru untuk mendidik anak-anak mereka.

Zaman di mana tiada murid berani pulang dan bercerita mereka didenda guru akibat salah laku dan kenakalan mereka.

Zaman di mana murid tidak berani mereka-reka cerita dan memfitnah guru kerana ibu bapa lebih percayakan guru dan anak sendiri.

Zaman di mana adab itu didahulukan sebelum ilmu.

Zaman di mana akhlak itu menjadi keutamaan berbanding pelajaran.

Zaman di mana ibu bapa sendiri lebih menghormati guru sehingga anak-anak mereka ikut sama.

Zaman kini semuanya berubah. Sangat banyak berubah. Adab itu tidak lagi dijunjung bahkan dipijak-pijak.

Zaman kini guru dianggap musuh dan pantang ada sedikit silap.

Dan sesungguhnya, para guru itu sendiri tidak terlepas dari khilaf dan salah.

Jika pun ada, datanglah dengan matang dan berhemah untuk selesaikan dengan adab dan santun.

Ilmu tanpa adab akan menghilangkan keberkatan hidup.

Tugas mendidik adab ini perlu dimulakan dari rumah kerana ibu bapa adalah guru pertama buat anak-anak mereka.

Sesungguhnya memanusiakan manusia itu bukan tugas yang mudah. Sungguh!

Mohd Fadli Salleh,
1:47 am,
Gombak.

#MFS
– Zaman telah berubah, namun adab sepatutnya masih dijunjung –

Hantar confession anda di sini: http://www.iiic.my/hantar/

error: Content is protected !!